Ahad, 14 November 2010

tart shell ^^

Pai shell atau lapisan bawah pie/tart perlulah rangup. Ini bagi pai atau tart yang dibakar dahulu tanpa sebarang isian atau kita panggil blind bake. Kemudian kulit pai atau tart ini akan digunakan sebagai bekas untuk isian @ filling Walaubagaimanapun jika anda ingin mneggunakan resipi ini untuk resipi pai yang dibakar bersama isinya boleh juga tiada masalah. Ada teknik untuk membuat pai shell yang rangup dan antara pantang larangnya adalah kurangkan penggunaan tangan kerana mentega mudah cair apabila terlalu kerap digaulkan dengan tangan. Selain itu uli jangan terlalu lama bagi mengelakkan protein tepung membentuk gluten yang akan meliatkan kulit pai nanti. Sebaik baiknya gaulkan menggunakan mesin pengadun. Doh yang telah siap perlulah direhatkan dalam peti sejuk selama lebih kurang 15 minit agar mudah dibentuk dansupaya tekstur lebih rangup apabila dibakar nanti. terima kasih kepada chef Anida kerana berkongsi resepi ini dengan saya.


Bahan-bahan
500gm mentega
100gm gula aising
800 gm tepung superfine
1 biji telur
1 biji kuning telur

Cara-cara penyediaan
  1. Pukul mentega dengan gula sehingga hampir gebu.
  2. Masukkan telur, kacau sehingga sebati.
  3. Masukkan tepung superfine dan gaul sehingga sebati.
  4. Bolehlah diterap didalam acuan pai atau tart setebal 5 mm. Cucukkan dengan garfu pada kulit doh supya mengurangkan gelembung semasa dibakar. 
  5. Bakar selama 10-12 minit atau sehingga kekuningan (^^ paste from blog chef azli razali...) 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan